Isu-isu yang dibangkitkan M._Kayveas

Tahun 2007

Isu CTOS

Berikutan ramai rakyat Malaysia merungut tentang Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS), didakwa disenarai hitam dalam sistem CTOS setelah menghadapi masalah kewangan seperti gagal menjelaskan bayaran ansuran atau melunaskan pinjaman, agensi itu juga didakwa gagal untuk mengeluarkan nama peminjam walaupun telah melangsaikan tunggakan pinjaman, selain memaparkan maklumat kewangan remeh yang menjejaskan kewibawaan kredit seseorang. Pada 25 Jun 2007, beliau berkata kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf CTOS ntuk menyalurkan maklumat kewangan individu kepada institusi perbankan atau pihak lain bagi tujuan rujukan.[1] Dalam kenyataan balas CTOS menyatakan bahawa maklumat yang diberikan adalah hasil dari maklumat yang terdapat bagi umum, contohnya laporan muflis dari akhbar harian dan sebagainya.

MIC monyet dalam sangkar

Anak Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu, Vell Paari, dilaporkan berkata seorang pemimpin akar umbi PPP mengesahkan bahawa Kayveas telah mencerca MIC pada satu perjumpaan PPP. Pada 19 Mei 2009, Kayveas menafikan kononnya beliau menyifatkan MIC sebagai "monyet dalam sangkar".[2]

Tahun 2009

Krisis Kepimpinan

Berlaku krisis kepimpinan di antara beliau dan Datuk T. Murugiah.